PNY BUNDLE WORLD Menyahut Cabaran

Salam & Selamat Sejahtera dari kami TEAM PNY BUNDLE WORLD

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan Sekelian Alam

Sejarah perjalanan PNY BUNDLE WORLD bermula sejak tahun 1982 lagi.

Ianya bermula dengan minat Bro PNY sendiri yang suka mengumpul koleksi jacket dan baji bundle. Minat tersebut timbul dari melihat peniaga bundle yang berniaga di depan PASAR BESAR KOTA BHARU, berdekatan dengan kampung asal Bro PNY (Kampung Ku Som)

Sejak itu, Bro PNY selalu berkongsi memperlihatkan koleksi kepada Sahabat & Kerabat beliau. Apabila ada yang berminat untuk membeli koleksi beliau, Bro PNY mula menambah koleksi dan melihat business pakaiaan & accessories bundle mempunyai masa depan.

Walaubagaimanapun, setelah ditauliahkan sebagai PEMANDU PELANCONG yang diaugerahkan Lesen Sah oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Bro PNY mula berkhidmat ke serata  dunia dan mengumpul, membawa balik barangan baru (bukan pre-loved), untuk ditawarkan kepada peminat barangan berjenama.

Antaranya, kasut Clark, kasut DCSHOEUSA, kasut Adidas, kasut buatan tangan (handmade) dari Turkey serta dari Iran.
Bro PNY juga mengambil peluang membawa balik beg berjenama seperti Louis Vuitton, Coach, North Face, Mammoth, LowePro Camera Bag dan lain-lain lagi.

Bro PNY juga pernah diamanahkan oleh pemilik jenama UNDERGROUND PRODUCTS dan WILD CHANNEL sebagai perantara diantara syarikat dan atlit, bagi tujuan mempromosikan jenama masing-masing.

Namun, minat dan koleksi peribadi Bro PNY tidak terhenti walaupun berpeluang mendapatkan barangan baru berjenama dari luar dan dalam megara. Tambahan pula, sebelum adanya KOTA DAME, peminat barangan bundle termasuk Bro PNY selalu mengunjungi UPTOWN DAMANSARA @ Damansara Utama, yang ketika itu dikenali sebagai salah satu LUBUK BUNDLE LEMBAH KELANG.

Coronavirus @ Covid-19 mengubah banyak urusan rutin yang sebelumnya tidak pernah terfikir ianya memberi kesan besar kepada urusan normal sebelumnya.

Menyedari kesan ekonomi kepada orang-ramai membuatkan ramai mencari barangan bundle berkualiti sebagai pilihan, maka Bro PNY memperkemaskan pengetahuan, pengalaman serta mempelajari NORMAL BARU dari otai-otai peniaga bundle, dalam menawarkan barangan bundle takala krisis Coronavirus melanda.

Bermula dengan KASUT BUNDLE, Bro PNY melancarkan PNY BUNDLE WORLD yang beroperasi di Kuala Lumpur, menjual secara online dan offline. Pads 31 DESEMBER 2020, siaran pertama Facebook Page PNY BUNDLE bersiaran secara 'Live'. 
Semoga satu hari nanti, PNY BUNDLE WORLD mampu membuka outlet pertamanya.

Tanpa sokongan SAHABAT & KERABAT didahului dengan IzinNYA, agak sukar untuk PNY BUNDLE WORLD melangkah menuju kejayaan diidamkan.

Teruslah menyokong sambil berjimat dengan membeli barangan bundle berkualiti.


PNY BUNDLE WORLD
"Melangkah Gembira!"
"Steps on Happiness!"

Facebook Page: https://www.facebook.com/pnybw/

Comments